Berita Terkini
recent

‘Saya tak jangka dipecat daripada Pas’

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menegaskan belia tidak menjangka akan dipecat dari Pas.

Katanya, beliau menjangkakan hanya dipanggil oleh jawatankuasa disiplin bagi menjelaskan pertuduhan yang dibuat oleh jawatankuasa terhadapnya.

"Saya jangkakan yang saya hanya akan dipanggil. Itu sahaja. Takkan hanya kerana saya menegur, saya dipecat?" soalnya dalam program Dialog Bersama Husam Musa di sini, hari ini.‎

Beliau dalam pada itu menganggap dirinya masih sebagai ahli Pas memandangnya beliau belum menerima surat rasmi berhubung pemecatannya.

"Saya yakin Pas tidak akan pecat saya. Adakah apa yang saya katakan betul. Kalau betul kenapa saya boleh kena pecat?

"Saya hanya dengar tentang berita itu menerusi media. Selebihnya tidak ada apa-apa. Tidak ada surat rasmi, panggilan telefon, teks yang mengatakan saya dipecat," katanya lagi.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.