F 'Saya boleh lepaskan Adun Salor, tapi…' | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

'Saya boleh lepaskan Adun Salor, tapi…'

Datuk Husam Musa menegaskan beliau sedia melepaskan jawatan  Adun Salor dengan syarat Pas membentangkan  Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi  membenarkan wakil rakyat yang meletak jawatan boleh bertanding semula.

Beliau turut mendakwa, tindakan Pas ‘mendera’ beliau apabila meminta  melepaskan jawatan Adun Salor selepas baru sahaja memecat daripada ahli Pas.

“Pada saya ini adalah penderaan berkali-kali, kamu sudah dera dan pecat,  mungkin ada motif politik pecat saya, dan kemudian bila saya dipecat saya kena letak jawatan tak boleh bertanding,

“Jadi Pas  telah mendera saya sebanyak dua kali, saya bersedia letak jawatan tapi kalau saya letak jawatan tak boleh bertanding macam mana saya nak lawan,” katanya dalam sidang medianya, hari ini.

Sementara itu, pemecatan Husam sebagai ahli Pas adalah sah, walaupun bekas Naib Presiden Pas itu mendakwa masih belum menerima surat rasmi berkenaan keputusan tersebut.


Sebelum ini,  Setiausaha Perhubungan Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, sumpah baiah yang dibuat pemimpin Pas bukan sahaja menyertai parti  lain, tetapi wakil rakyat yang keluar atau dipecat daripada parti juga perlu meletak jawatan sebagai Yang Berhormat.
Powered by Blogger.