F Saya akan 'tweet' bila mahu kahwin - Salman Khan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Saya akan 'tweet' bila mahu kahwin - Salman Khan

Tanpa menafikan khabar angin mengenai perkahwinannya, pelakon Salman Khan, menegaskan akan memaklumkan sendiri majlisnya itu menerusi media sosial. Khabar angin menyatakan bintang 'Bajrangi Bhaijaan' berusia 50 tahun itu akan mengahwini teman wanitanya dari Romania, Lulia Vuntur, pada hari jadinya 27 Disember ini. "Saya akan berkahwin bila saya mahu berkahwin. Saya tidak perlu memberitahu anda bila saya mahu berkahwin. "Apabila tiba masanya, saya akan memaklumkan perkara itu menerusi Twitter dan menyiarkannya di Facebook. Saya rahsiakan ia demi peminat," katanya kepada wartawan pada sidang akhbar anugerah IIFA. Salman membuat kemunculan pertama di khalayak ramai dengan Vuntur baru-baru ini pada majlis resepsi pelakon Preity Zinta. Bintang televisyen Romania itu juga kelihatan bersama-sama ibu dan adik perempuan Salman, Salma dan Alvira, di lapangan terbang Mumbai.


Powered by Blogger.