F Salman diramal kahwin 27 Disember | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Salman diramal kahwin 27 Disember

Ramai tidak sabar melihat Salman Khan menamatkan zaman bujangnya apatah lagi rakan seangkatan aktor itu seperti Datuk Shah Rukh Khan dan Aamir Khan sudah ada anak remaja.


Aktor itu kini hangat menjalin hubungan cinta dengan Iulia Ventur yang berasal dari Romania. Mereka diramal akan melangsungkan perkahwinan pada 27 Disember ini sempena hari jadi Salman yang ke-51.

Tegas Salman, jika sampai seru dia akan mengumumkan berita gembira itu kepada peminat dan rakan media.

“Jika saya sudah bertunang atau akan berkahwin, saya akan maklumkan kepada semua. Bahkan saya akan mengumumkannya sendiri kerana tiada apa yang perlu disembunyikan daripada peminat dan media,” katanya.

Salman mengotakan kata-katanya itu apabila membawa Iulia ke majlis resepsi Preity Zinta minggu lalu. Tindakan Salman itu seolah-olah mengesahkan khabar angin yang mereka sudah bersedia untuk bergelar raja sehari.

Sementara itu adik Salman iaitu Arbaaz Khan juga tidak menafikan perkhabaran abangnya akan berkahwin. Pun begitu dia enggan komen lebih lanjut.

“Saya dan keluarga memang tidak sabar mahu lihat abang berkahwin,” katanya.
Powered by Blogger.