F Sakit hati punca gadis dirogol, dirodok cangkul | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sakit hati punca gadis dirogol, dirodok cangkul

Polis mendedahkan, motif pembunuhan Enno Farihah, 19, yang dirogol dan dirodok dengan cangkul pada kemaluannya adalah disebabkan sakit hati, lapor Tempo.co

Suspek Imam Alias, 24, Arif Alias, 24, dan Rai, 16 tahun pelajar sekolah menengah kini ditahan pihak berkuasa.

Menurut polis, Awi Setiyani, motif ketiga-tiga pelaku iaitu Arif adalah kerana sering diejek hodoh, Rai pula kerana menolak ajakannya untuk bersetubuh manakala Imam kerana cintanya ditolak.

"Ketiga-tiga pelaku tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan Awi berkata, pihak polis masih meneruskan siasatan terperinci mengenai kes ini," ujar pegawai terbabit.

Menurut polis, pembunuhan kejam ini berlaku ketika Rai yang mengaku kekasih mangsa, mengunjungi gadis itu di asrama tempatnya bekerja di Banten pada 12 Mei lalu.

Rai mengaku sempat bercium dengan mangsa namun gadis itu menolak ajakannya untuk melakukan hubungan seks.

Rai yang kesal dengan tolakan gadis itu kemudian meninggalkan bilik berkenaan dan bertemu dengan dua lagi pelaku Imam dan Arif.

Ketiga-tiga pelaku berpakat memperkosa mangsa dan menurut polis, ketiga-tiga mereka tidak mengenali antara satu sama lain dan hanya mengenali mangsa.

Eno ditemui dalam keadaan bogel dan hanya ditutupi bantal dan pakaiannya dengan banyak kesan luka dan pemegang cangkul masih pada kemaluannya.

Menurut polis, mangsa ditekap dengan bantal sehingga lemas selepas memperkosa mangsa sebelum suspek mengambil cangkul dan merodok ke kemaluan wanita itu.
Powered by Blogger.