Saharul Ridzwan Sahkan Bakal Bernikah Selepas Aidilfitri

Baru-baru ini tersebarnya gosip yang mengatakan pelakon kacak, Saharul Ridzwan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, dan kini beliau sendiri mengesahkan berita itu. Katanya lagi, beliau memang akan berkahwin selepas sambutan Aidilfitri nanti namun identiti kekasih hati biarlah menjadi rahsia terlebih dahulu.


Berkongsi detik pertemuan mereka berdua, Saharul berkata semasa menunaikan umrah tahun lalu, beliau ada berdoa di hadapan Kaabah agar segera dipertemukan jodoh. Dan apabila pulang, beliau bertemu kembali dengan bekas kekasih dan telah sepakat untuk membawa hubungan ini ke peringkat yang lebih serius.



Saharul Ridzwan Sahkan Bakal Bernikah Selepas Aidilfitri Saharul Ridzwan Sahkan Bakal Bernikah Selepas Aidilfitri Reviewed by Kakigosip on 05:53:00 Rating: 5
Powered by Blogger.