F Saharul Ridzwan berhak buat pilihan sendiri - Mia Ahmad | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Saharul Ridzwan berhak buat pilihan sendiri - Mia Ahmad

"Saya gembira mendapat tahu dia akan berkahwin. Perempuan yang dipilihnya bukan saya...Saya tumpang gembira." Begitulah reaksi pelakon, Mia Ahmad apabila diajukan pertanyaan apakah wanita yang bakal dinikahi aktor kacak, Saharul Ridzwan adalah dirinya. Baru-baru ini, sisipan B@POP melaporkan, Saharul bakal berkahwin dengan kenalan lama selepas Aidilfitri. Mia berkata, dia mendapat tahu berita Saharul merancang bernikah selepas Aidilfitri, beberapa hari lalu. "Saya tak terkejut. Itu adalah bukti gosip mengaitkan kami bercinta adalah tidak benar. "Benar peminat memang suka kami bercinta seterusnya berkahwin. Tapi dalam hal hati, baik saya dan Saharul berhak membuat pilihan sendiri," katanya ketika ditemui pada majlis perlantikan dirinya sebagai wajah kempen I Am Oli Woman membabitkan produk Oli Candy di ibu negara, petang tadi. Sebelum ini, ramai peminat menganggap Saharul dan Mia adalah pasangan ideal selepas mereka digandingkan dalam drama Hati Perempuan di TV3. Malah, gosip cinta lokasi juga hangat diperkatakan biarpun dinafikan Saharul dan Mia. Mia berkata, sebagai lelaki dewasa, Saharul berhak membuat keputusan sendiri. "Benar peminat memang suka kami bercinta seterusnya berkahwin. Tapi dalam hal hati, baik saya dan saharul berhak membuat pilihan sendiri," katanya. Sementara itu, mengulas mengenai gosip hubungannya dengan penjaga gol JDT, Izham Tarmizi, Mia menjelaskan mereka hanya kawan baik. "Belum ada apa-apa antara kami. Apabila orang nampak gambar kami bersama, ada yang pantas membuat kesimpulan. Padahal, saya pernah juga keluar dengan lelaki lain. "Saya kenal Izham atas kawan. Kami pernah keluar beramai ramai tetapi tidak lebih daripada lima kali. Jika diikutkan, saya tak berminat dengan sukan bola sepak. "Saya tahu Izham adalah ahli sukan daripada teman. Selama mengenalinya, dia sangat menyenangkan," katanya yang paling mengutamakan lelaki yang menjaga solat.


Powered by Blogger.