F Rumah Tangga Dilanda Badai Punyai Hikmah - Ani Maiyuni | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Rumah Tangga Dilanda Badai Punyai Hikmah - Ani Maiyuni

Penyanyi Ani Mayuni bersyukur keadaan rumah tangganya bersama suami, Zairi Azmi yang diberi dugaan hebat sehingga mereka nyaris berpisah kira-kira empat tahun lalu mempunyai hikmahnya.

Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 37, berkata, jika tidak kerana ujian tersebut mereka berdua tidak mungkin dapat mengharungi bahtera perkahwinan sejak 2004 itu dengan lebih baik dan harmoni.

"Apabila saya lihat balik sekarang banyak kemanisan yang kami rasai selepas kejadian itu dan saya bersyukur rumah tangga kami diberi ujian.

"Alhamdulillah kami sama-sama bermuhasabah diri dan kini lebih memahami di antara satu sama lain selain kasih sayang bertambah erat," katanya kepada mStar Online.

Ani berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran Persatuan Bintang Dangdut Malaysia atau Bintang di sini, Selasa.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Sedap itu turut dilantik sebagai setiausaha agung persatuan itu manakal Ifa Raziah sebagai presiden.


Pada Februari 2012, Ani telah membuat laporan polis selepas mendakwa cedera dipukul oleh suaminya yang juga bekas anggota kumpulan Arrow dalam kejadian di rumah mereka.

Ani mendakwa kepalanya turut dihentak ke dinding hanya kerana dia meminta suaminya itu membeli sarapan pagi.

Dalam pada itu, Ani berkata, dia berasa terkilan kerana sehingga ke hari ini ada yang menganggap dia sudah berpisah dengan Zairi meskipun perkara itu sama sekali tidak benar.

Malah kata Ani, dia langsung tidak pernah terfikir untuk bercerai dan menyifatkan kejadian ketika itu diperbesar-besarkan oleh sesetengah pihak.

"Apabila ada laporan mengatakan saya dipukul suami dan buat laporan polis ada sesetengah pihak ingat kami berpisah.


"Ia tidak pernah terlintas difikiran saya dan Alhamdulillah seperti saya katakan hubungan kami semakin akrab dan kejadian itu pun sebenarnya kecil sahaja," ujarnya.

Ani dan Zairi, 41, mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2004 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Wirda Viviana, 11 tahun, Wirna Airisya, 7 dan Muhammad Emir Oezil, 6.

Dalam perkembangan lain, Ani berkata, tugas baharunya sebagai setiausaha agung Bintang memberi cabaran dalam kariernya dan menjadi harapannya untuk melihat irama dangdut kembali meriah mewarnai industri muzik tempatan.

"Selepas 20 tahun memperjuangkan irama dangdut ini adalah satu lagu sumbangan saya untuk melihat penyanyi dangdut bergabung tenaga membangunkan kembali kegemilangan dangdut.

"Suami banyak menyokong penglibatan saya dalam persatuan ini selain bantuan dan kerjasama dari semua rakan-rakan seperjuangan yang ingin melihat dangdut kembali diangkat ke taraf sepatutnya," kata Ani.
Powered by Blogger.