F Risteena Harap Ruhaines & Janna Nick Berdamai | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Risteena Harap Ruhaines & Janna Nick Berdamai

Pelakon Risteena Munim berharap kontroversi yang tercetus antara adiknya Ruhainies dan pelakon Janna Nick dapat diselesaikan secara baik dan mereka berdamai.

Risteena, 27, berkata, dia sudah menasihatkan adiknya agar bersikap lebih matang dalam mengawal beberapa perkara yang boleh mengaitkan namanya dalam sesebuah isu.

"Saya harap mereka berdua dapat berdamai dan perbaiki hubungan kerana industri seni kecil sahaja dan mereka akan bertemu semula suatu hari nanti.

"Saya sudah beri nasihat kepada dia (Ruhaines) untuk mengelak daripada terpalit apa-apa isu yang boleh menjejaskan kerjaya dan namanya sebagai pelakon baru," ujarnya kepada mStar Online.

Risteena berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kontroversi melibatkan Ruhainies yang mendakwa digugurkan daripada sebuah filem akibat dihasut oleh pelakon Janna Nick.

Risteena berkata, dia melihat isu yang terjadi itu adalah kerana sikap tidak matang kedua-dua belah pihak.

"Pada saya isu ini timbul kerana mereka berdua masih muda dan tidak matang. Mereka tidak fikir kesan tersebut pada kerjaya mereka pada masa depan," katanya.

Dalam pada itu, tambahnya, kontroversi yang melanda seseorang artis hanya memberi populariti yang sementara sahaja.

"Pada saya kalau nama seseorang artis itu naik kerana kontroversi dan bukan kerana bakat ia hanya sekejap sahaja.

"Mereka akan mudah dilupakan apabila muncul kontroversi lain pula," ujarnya
Powered by Blogger.