F Rezeki Ippo Hafiz Lebih Murah Selepas Dapat Restu Ayah Ibu | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Rezeki Ippo Hafiz Lebih Murah Selepas Dapat Restu Ayah Ibu

Minat mendalam dunia muzik membuatkan dia nekad memilih bidang seni sebagai kerjaya dan mahu bergelar komposer juga produser. Namun, penyanyi baharu yang kini rancak mencipta nama menerusi lagu runut bunyi (OST) drama-drama, Ippo Hafiz, mengakui hasratnya itu pada awalnya pernah ditentang oleh kedua ibu bapanya.

Bagaimanapun, beberapa tahun kebelakangan ini keluarga akhirnya memberi restu dan sejak itu rezekinya dalam nyanyian semakin murah.

"Kalau ikutkan ibu dan ayah saya mahu saya belajar lebih mendalam tentang ilmu agama dan menjadi seorang ustaz. Tapi sejak dibangku sekolah saya minat muzik. Mulanya mereka tidak menyokong pilihan mahu berkecimpung dalam dunia seni. Mereka bimbang kalau-kalau saya hanyut.

"Sejak tahun 2009 saya berjinak-jinak pada kerja-kerja belakang tabir. Pada 2012 saya hasilkan lagu pertama dan lagu itu pernah jadi OST drama Jika Itu Takdir Kita. Saya juga pernah buat lagu untuk Azizi (AF) berjudul Jauh Sudah.

"Alhamdulillah, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ibu bapa saya sudah redha dengan apa yang saya pilih dan saya bersyukur kerana peluang saya sekarang dalam bidang ini lebih terbuka dan rezeki semakin murah," kongsinya kepada Malaysian Digest ketika ditemui pada majlis pelancaran album sulungnya, Ippo Hafiz, bertempat di RedBox

Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz, 27, popular menerusi lagu-lagu runut bunyi pelbagai drama seperti Rahsia (Teman Lelaki Upahan), Kekal Bahagia (Cinta Si Wedding Planner) Hidayah (Hidayahmu Ramadan), Irama Kita (Cik Cinderella Encik Tengku).

Terbaharu, Ippo mencatat fenomena tersendiri apabila berjaya meraih jumlah hits tontonan video lirik di Youtube menjangkau 6,000,000 menerusi lagu Kekal Bahagia. Lagu tersebut merekodkan kedudukan di tangga kedua carta single iTunes Malaysia dan Asia.

Sementara itu menyentuh tentang album, Ippo menyifatkan album tersebut sebagai mengubati kerinduan peminat terhadap pelbagai lagu hits yang menghiasi drama-drama popular di kaca televisyen sebelum ini.

"Selama ini orang tahu lagu-lagu saya tetapi kurang mengenali diri saya. Namun saya bersyukur kerana bakat saya semakin diterima dan lagu-lagu saya jadi siulan ramai.

"Tapi ada lagu saya yang tidak dimuatkan di dalam YouTube dan ramai peminat bertanya di mana boleh mereka dapatkan lagu-lagu itu. Jadi sejak tahun lalu, timbulnya perancangan untuk release album ini. Saya juga berharap dengan album ini dapat mendekatkan lagi saya dengan peminat drama tempatan, "tuturnya.

Pada masa sama, Ippo turut mengakui berdepan dengan tekanan dalam memastikan dia dapat mencipta lagu-lagu yang baik namun dia menganggap ia sebagai cabaran.

Kongsinya lagi, dia seorang yang gemar membaca novel dan melalui pembacaannya sikit sebanyak memberi inspirasi dan idea dalam menghasilkan sesebuah lagu. Selain itu, dia juga akan membaca skrip atau berkunjung ke lokasi penggambaran.

"Tak dinafi, agak tertekan juga kerana pendengar tentunya mengharapkan yang lebih lagi selepas lagu-lagu saya sebeum ini. Tapi saya anggap itu sebagai satu cabaran.

"Saya suka baca novel sejak dari zaman sekolah lagi dan saya dapat inspirasi menulis lagu daripada cerita-cerita yang saya baca. Kalay sekarang pula, jika pihak produksi minta saya ciptakan lagu untuk drama mereka, saya baca skrip drama tersebut dan selalu datang ke set lokasi .

"Misalnya untuk lagu Kekal Bahagia, saya ke lokasi penggambaran fan bertemu dengan abang Adi Putra dan Mira Filzah. Saya cuba dapatkan mood watak-watak mereka dan itu lebih memudahkan saya untuk menghasil lagu sesuai dengan jalan cerita," katanya.

Perkembangan lain, Ippo merancang mahu mengadakan konsert jelajah tidak lama lagi.

"InsyaAllah, saya dan pihak pengurusan saya merancang untuk mengadakan konsert dan mungkin pada konsert itu nanti saya akan menampilkan barisan pelakon daripada drama-drama yang menggunakan lagu-lagu saya," katanya.
Powered by Blogger.