F Rezeki Hafidz Roshdi terus melimpah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Rezeki Hafidz Roshdi terus melimpah

Pelantikan pelakon popular yang membintangi drama Tundukkan Playboy Itu, Hafidz Roshdi sebagai duta sebuah produk kecantikan, diharap dapat melonjakkan jualan jenama syarikat mencecah RM3 juta dalam tempoh tiga bulan. Pengarah Urusan Equal Herbs Sdn Bhd, Maria Hasmin Marzuki, berkata pemilihan Hafidz, 22, yang semakin rancak mencipta nama sebagai duta produk Maria Miracle bersesuaian dengan personaliti dimiliki. "Kita percaya Hafidz berupaya menjadi seorang ikon atau 'role model' yang baik untuk anak muda kerana sifatnya bertanggungjawab pada agama, sekali gus sesuai menjadi duta produk Maria Miracle dengan penuh amanah. "Dengan pelantikan Hafidz, kami yakin meraih jualan sebanyak RM3 juta dalam tempoh tiga bulan menerusi rangka promosi yang dirancang. "Kita akan mengadakan siri jelajah menerusi Karnival PeaceYall.FM di Kuantan dalam masa terdekat sebelum ke Kedah bersama duta produk dan seterusnya ke seluruh negara," katanya. Beliau berkata demikian selepas menandatangani memorandum bersama Hafidz bagi tempoh setahun di sini, hari ini. Maria Hasmin yang juga pengasas produk Maria Miracle berkata, pihaknya mempunyai lebih 20 stokis di seluruh negara sejak beroperasi lapan bulan lalu.


Powered by Blogger.