F Rezeki Amir Raja Lawak melimpah selepas ABPBH 29 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Rezeki Amir Raja Lawak melimpah selepas ABPBH 29

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah rezeki yang berpihak kepada pelawak, Amir Raja Lawak, 28, apabila dia memperoleh kontrak menjadi duta produk bijirin selepas tercalon sebagai finalis Anugerah Bintang Popular BH Ke-29 (ABPBH 29). Biarpun tewas di tangan Abam yang diangkat sebagai Artis Komedi Popular, Amir dipikat pengeluar produk bijiran berasaskan makanan sunnah, Imourdex sebaik ABPBH 29 berakhir. "Alhamdulillah, selepas sekian lama, akhirnya saya ditawarkan menjadi duta kepada produk bijirin berasaskan makanan sunnah dan susu kambing. Saya menandatangani kontrak selama setahun dan dibayar dengan jumlah yang memberangsangkan. "Saya anggap ini sebagai rezeki selepas dicalonkan pada ABPBH 29 kerana pengasas produk menyedari kehadiran saya pada acara anugerah itu. "Saya mencuba produk itu selama seminggu dan berpuas hati dengan hasilnya sebelum bersetuju dengan tawaran itu," katanya kepada BH Online. Amir atau nama sebenarnya, Mohammad Amirullah Azmi yakin dengan produk terbabit kerana dirinya lebih bertenaga sekarang. "Sebelum ini, ramai yang menegur kenapa saya selalu nampak lesu. Produk bijirin ini memberi saya tenaga untuk menjalani rutin harian," katanya. Amir menambah, perniagaan Roti Bakar Amirreka yang diusahakannya di Gombak semakin juga mendapat sambutan. Menurutnya, dua cawangan baharu akan dibuka di Kepong dan Shah Alam, tidak lama lagi. Mengulas mengenai perkembangan kerjaya, Amir sedang menjalani penggambaran telefilem berjudul Pondok Itu Rumahku arahan pengarah, Suhaimi Lua. Selain itu, Amir bakal mengacarakan Expo Keusahawan Jeli, Kelantan, tidak lama lagi.


Powered by Blogger.