F Reizman Sudah Ada Pengganti, Rancang Kahwin Tahun Ini | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Reizman Sudah Ada Pengganti, Rancang Kahwin Tahun Ini

Pelakon Riezman Khuzaimi khabarnya sudah bertemu pengganti malah dikatakan sudah pun mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya itu.

Memetik sumber dari ruangan gosip sebuah akhbar tempatan, perkara itu didedahkan oleh teman rapat aktor itu sendiri iaitu penerbit dan pelakon Sharifah Shahora ketika berlangsung majlis previu sebuah filem baru-baru ini.

Shahora bagaimanapun menyampaikan berita itu dalam nada bergurau, membuatkan ramai yang tidak mengendahkannya. Mereka sangsi, sama ada ia hanya sekadar usikan atau memang betul-betul berlaku.

Sementara Riezman berkata apa yang dinyatakan Shahora itu benar.

Pelakon yang popular sekitar 1990-an itu enggan mengulas lanjut mengenai pertunangan yang dilangsungkan, tetapi tidak menafikan memang benar sudah bertemu pengganti bekas isterinya, juga pelakon Kartina Ayub.

Menurut Riezman wanita yang berjaya memenangi hatinya juga orang terkenal, tetapi bukan artis. Bagaimanapun dia tidak mahu mendedahkan siapa wanita itu dengan alasan belum masanya.

Riezman turut menegaskan hubungannya dengan wanita itu sangat serius malah bercadang untuk bernikah pada akhir tahun ini.

Katanya, buat masa sekarang dia ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dulu, terutama portal beli-belah talian yang sedang diusahakan.

Pelancaran portal itu dirancang akan dilancarkan pada Ramadan nanti. Selesai saja projek terbarunya itu baru dia akan memikirkan soal pernikahan dengan kekasih hatinya itu.
Powered by Blogger.