F Redza Rosli berangkat ke Tanah Suci esok | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Redza Rosli berangkat ke Tanah Suci esok

Mengambil keberkatan menyambut Ramadan kira-kira dua minggu lagi, bakat baharu, Redza Rosli, 24, akan berangkat ke Tanah Suci, esok. Selain beribadat, Redza dijangka melunaskan baki penggambaran drama Seindah Takdir Cinta di beberapa lokasi terpilih di Makkah, Madinah dan Jeddah. "Saya harap perjalanan akan dipermudahkan serta diberi petunjuk yang baik. "Sebagai manusia, saya juga mahu memperbaiki diri menjadi lebih baik daripada semalam," katanya kepada BH Online. Pernah berangkat ke Tanah Suci ketika masih kecil, Redza mengaku merasa gementar dan lemah menjadi tetamu Allah. "Saya mengaku gementar dan rasa diri tak cukup kuat untuk bertemu Tuhan. Tapi insya-Allah semuanya akan okay. "Saya harus bersyukur kerana rezeki semakin murah. Saya sedar bukan senang nak sampai ke tahap sekarang. Saya akan hargai peluang yang diberi depan mata dan buktikan bakat yang ada," katanya. Redza berkata, hakikat dirinya bolos Top 5 pada Anugerah Bintang Popular BH Ke-29 (ABPBH 29) juga menjadi kenangan manis buat dirinya. "Biarpun saya tidak menang, saya tak kecewa. Ini kerana yang bersaing dan menang juga teman saya," katanya yang dijadual berada di Tanah Suci selama 25 hari.


Powered by Blogger.