F Redha ditayang di Cannes | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Redha ditayang di Cannes

Filem Redha yang berkisar mengenai keluarga yang memiliki anak autistik terpilih sebagai antara lima produksi tempatan yang bakal ditayangkan di Cannes, Perancis sempena Marchu du Film 2016 bermula 17 Mei ini. Filem terbitan Current Pictures Sdn Bhd dan diarahkan Tunku Mona Riza itu menjadi pilihan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) serta Pertubuhan Kandungan Kreatif Malaysia (CCAM) untuk mewakili negara dalam program, Malaysia Goes To Cannes 2016 sebagai antara pengisian Festival Film Cannes. Empat filem lain yang turut terpilih ialah Hoka Hey 'A Good Day to Die', You Mean The World To Me, Taiping Adagio dan Pekak. Redha yang dilakonkan Namron, June Lojong, Remy Ishak dan Nadiya Nisaa sebelum ini mencuri perhatian ramai apabila ia memberi inspirasi kepada masyarakat kerana mengetengahkan cabaran dilalui keluarga yang mempunyai anak autistik.

Biarpun menerima sambutan dingin penonton, filem yang ditayangkan sejak 14 April lalu itu dilihat berjaya menyuntik kesedaran dan mendidik penonton memahami dilema dilalui penghidap autisme. Bermula sebagai sebuah premis yang mudah, Redha berkembang menjadi filem yang memiliki pelbagai lapisan, dipenuhi dengan inspirasi, kejujuran serta kebenaran selain dilihat sebagai sebuah kisah universal. Filem ini juga bukan sahaja mengenai autisme, tetapi memaparkan nilai kekeluargaan dan sosial. Filem ini juga istimewa apabila lagu runut bunyi (OST) berjudul Abah turut dinyanyikan oleh Umar Hasfizal, pemuda berusia 18 tahun yang juga anak autistik. Lagu Abah dihasilkan Monoloque.


Powered by Blogger.