F Raja Gelek rehat dua bulan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Raja Gelek rehat dua bulan

Raja Gelek, Datuk M Daud Kilau meminta peminat dan penganjur memberikan beliau sedikit masa sebelum kembali bergerak aktif menerima undangan nyanyian. M Daud Kilau, 77, berkata, keadaan kesihatan beliau belum pulih sepenuhnya berikutan pelbagai komplikasi penyakit dan memohon orang ramai mendoakan dirinya pulih seperti sedia kala. "Buat masa ini doktor menasihatkan saya supaya berehat dulu. Kini tenaga saya diibaratkan seperti 75 peratus saja. InsyaAllah lagi dua bulan keadaan kesihatan saya akan pulih sepenuhnya. Doakan saya sihat dan panjang umur. "Sebenarnya ramai yang mengundang saya membuat persembahan namun kudrat belum mengizinkan untuk saya mengambil sebarang tawaran. "Apa pun saya terharu kerana peminat dan orang ramai banyak mengirimkan doa serta memberi mesej sebagai tanda sokongan," katanya kepada BH Online. Terdahulu, penyanyi lagu Cek Mek Molek itu mendapat rawatan di Hospital Selayang hampir sebulan pada Februari lalu akibat masalah prostat. Selain masalah prostat, Raja Gelek itu turut disahkan menghidap penyakit kencing manis serta menghadapi dan masalah buah pinggang. Mengulas mengenai penubuhan Bintang Dangdut Malaysia, M Daud Kilau berharap ia menjadi pemangkin bagi memartabatkan genre dangdut tempatan dan sekaligus bertindak sebagai pembela pejuang irama itu. "Selama 50 tahun saya berkecimpung dalam bidang nyanyian, tidak sangka akhirnya tertubuh juga persatuan khas untuk penyanyi dangdut. Biarpun tinggal di Teluk Intan, Perak, namun saya tetap hadir pada hari pelancaran ini sebagai tanda sokongan. "Penubuhan ini dilihat sebagai perkembangan yang baik. Semoga saya dipanjangkan usia untuk terus berada di bawah persatuan ini," katanya mengakhiri wawancara.


Powered by Blogger.