F Raja Ema ulas gambar pakaian pengantin | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Raja Ema ulas gambar pakaian pengantin

Kecoh netizen apabila gambar penyanyi dan pelakon terkenal era 1980-an, Raja Ema berpakaian cantik persis mempelai atau mungkin dirakamkan pada majlis pertunangan, tersebar, semalam. Tanpa sebarang keterangan pada gambar yang dimuat naik, peminat membuat spekulasi apakah penyanyi lagu Jejaka Idaman itu sedang menempuh hidup baharu. Maklumlah, sebelum ini, Raja Ema yang lebih senang menggelarkan diri sebagai 'Kekma' mengaku menerima banyak lamaran jejaka yang mahu menyuntingnya. Menghubungi Raja Erma, artis tak makan dek usia itu menjelaskan ia adalah gambar daripada babak lakonan untuk sebuah telefilem. "Oh, jangan salah sangka pula. Itu gambar Kekma dalam telefilem Man Kobena untuk siaran RTM. Dalam cerita itu, Kekma kahwin dengan pelakon Kazar," katanya kepada BH Online. Ditanya mengenai hubungannya dengan seorang jejaka asing yang dikatakan menetapkan syarat untuk dirinya mengikutnya berhijrah ke negara asal, Raja Erma berkata: "Itulah... Kalau nak bersara jika berkahwin dengan lelaki berkenaan, banyak pula rezeki yang datang sekarang ini. Pening juga Kekma," katanya. "Baru seronok nak kembali menjalani penggambaran. Kekma kena fikir masak-masak soal ini," katanya yang kembali hidup solo sejak lima tahun lalu. Raja Ema pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi irama nusantara, Sheqal pada tahun 1993. Melalui perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Ammar, 22, dan Putera Al-Kasya, 20. Difahamkan, Raja Erma berkahwin buat kali kedua, namun identiti bekas suaminya itu terus menjadi tanda-tanya.


Powered by Blogger.