F Rain Bawa Kekasih Bercuti di Jeju Sebelum Konsert di Malaysia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Rain Bawa Kekasih Bercuti di Jeju Sebelum Konsert di Malaysia

Baru-baru ini kecoh mengenai pasangan selebriti, penyanyi bertaraf antarabangsa kelahiran Korea, Rain dan kekasihnya aktres Kim Tae Hee dikatakan telah pergi bercuti bersama-sama di Pulau Jeju.

Terbaharu, pada 15 Mei lalu wakil agensi Rain mengesahkan perkara tersebut.

"Rain dan Kim Tae Hee telah pergi bercuti di Jeju selama tiga hari dua malam bersama keluarga dan rakan-rakan mereka.

"Selepas percutian itu, Rain dijadualkan akan meninggalkan Korea dan terbang ke Malaysia membuat persembahan di konsertnya pada 19 Mei ini. Oleh itu, mereka mengambil keputusan untuk meluangkan masa bersama-sama, berehat dan bercuti. Tiada sebab lain bagi percutian itu. Memandangkan jadual jadual masing-masing yang padat, jadi tiada sebarang rundingan mengenai majlis perkahwinan "

Terdahulu media melaporkan, Rain dan Kim Tae Hee berkunjung ke Pulau Jeju pada 15 Mei bersama keluarga mereka. Mereka yang menginap tempat tinggal kenalan mereyang yang menetap di di sana.

Ramai enduduk tempatan di Pulau itu terserempak dengan pasangan ini sepanjang mereka memanfaatkan

"Mereka memilih kawasan yang tenang untuk berehat bersama-sama berbanding melancong di tempat-tempat perlancongan yang sesak. Mereka berdua kelihatan sangat bahagia dan gembira.

Rain, 33, dan Kim Tae Hee, 36, mengesahkan mengenai hubungan percintaan mereka pada Januari 2013.

Oleh kerana populariti dan faktor usia mereka, sejak berita pendedahan tersebut, pasangan ini seringkali dihujani gosip akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Bagaimanapun Rain sebelum ini pernah menyatakan bahwa dia sendiri akan berkongsi dengan peminat mengenai apa-apa berita berkaitan perkahwinannya sekiranya dia betul-betul sudah membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujang.

Rain bakal mengadakan konsert 'RAIN The Squall Tour 2016 in Malaysia' di Arena of Stars, Genting Highlands, pada 21 Mei ini.
Powered by Blogger.