F Radin tak tolak jodoh dengan Ayda Jebat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Radin tak tolak jodoh dengan Ayda Jebat

Pasangan selebriti yang digosipkan bercinta, Ayda Jebat dan penyampai Era FM, Radin, hadir dengan mengenakan pakaian sedondon rona biru pada Anugerah Pilihan Online 2016, di sini malam tadi. Tindakan kedua-duanya muncul berdua dengan pakaian warna sama bagai memperkuatkan khabar angin ada sesuatu antara dua selebriti ini. Ketika didekati BH Online, Ayda dan Radin juga tidak mengelak untuk ditemubual. Malah, Ayda tidak berasakan gosip dirinya dengan Radin tidak memberikan sebarang tekanan. "Kalau diberi pilihan, saya memang tak perlukan kontroversi untuk menaikkan nama dalam dunia seni. Begitupun, selagi kontroversi yang tercetus tidak menjejaskan kerja dan projek seni, saya tiada masalah dengannya. "Usikan mengenai hubungan saya dengan Radin ini juga tidaklah sampai menjejaskan atau memberikan sesuatu bayangan negatif. Kami pula memang berkawan, macam orang lain juga," kata Ayda. Mengenai Radin, Ayda mengaku menyenangi personaliti dimiliki lelaki itu. "Saya jenis yang suka bercakap dan dia (Radin) pun sama. Perangainya pun jenis 'gila-gila'. Bagaimanapun dia sangat beradab orangnya. Dia juga mempunyai personaliti dan ayatnya mempunyai maksud yang tersirat. Kami tidak menafikan berkawan rapat, tetapi semuanya atas paksi sahabat biasa. "Peminat saya pun menyukai dirinya. Ketika dia mengacarakan majlis sambutan hari lahir saya yang ke-24, beberapa bulan lalu, dia memang pandai beli jiwa peminat saya. Ayatnya manis, sebab itu peminat saya pun cair," kata Ayda yang turut diumumkan sebagai pemenang Fesyen Glam bersama-sama penyampai itu. Radin turut mengaku dirinya dan Ayda dalam proses berkawan. Sama seperti rakan artis lain yang datang ke konti untuk menjayakan slot Super 40 Era dikendalikannya, di situlah juga persahabatan mereka terjalin sejak tahun lalu. "Kalau ada jodoh antara kami, saya tidak menolaknya. Semua ini ketentuan Tuhan. Ikutkan, sejak dirinya memasuki Akademi Fantasia musim kesembilan lagi saya sudah sedar kehadirannya. Selepas itu dia meletup dengan drama Rindu Awak 200%. Tahun lalu, dia jadi tetamu saya di konti radio Era ketika mempromosikan single Siapa Diriku. "Tahun ini saya jadi hos majlis sambutan hari lahirnya pula. Peminatnya pun menyenangi saya. Jadi, tiada masalah untuk kami berkawan," katanya yang menafikan wujudnya istilah menumpang populariti dalam persahabatan mereka.


Powered by Blogger.