F 'PRK kali ini pelik,' kata Hamidah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

'PRK kali ini pelik,' kata Hamidah

“PRK Kuala Kangsar kali ini agak pelik kerana BN meletakkan calon yang tidak boleh turun berkempen,” demikian reaksi bekas Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman.

Menurutnya, kempen adalah peluang terbaik kepada calon untuk mengenali pengundinya namun, beliau melihatkan pemilihan Datin Mastura Mohd Yazid adalah sekadar meraih simpati rakyat.

“Berkempen bukan sahaja berjumpa pengundi tetapi turun mendengar masalah rakyat dan menyelami masalah setempat. Kalau menang nanti, bolehlah rakyat dibantu segera. Kalau kali ini calon tidak turun langsung untuk berkempen, maka ia satu kekurangan.

“Kalau sekadar meraih simpati itu bukan kredibiliti Umno atau BN sebab selalunya mereka meletakkan calon bukan sahaja untuk menang tetapi berkhidmat kepada rakyat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Hamidah berkata, sekiranya pembangkang menang pada kedua-dua kerusi Parlimen termasuk Sungai Besar, menunjukkan mesej tersembunyi kepada pimpinan daripada rakyat.

“Sekiranya pembangkang menang ia adalah faktor rakyat menolak BN itu sendiri. Kekalahan kedua-dua kerusi berkenaan tidak menjejaskan BN yang masih kekal memerintah.

“Tetapi ini peluang terbaik untuk rakyat hantar isyarat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa akar umbi sudah menolak beliau,” katanya.
Powered by Blogger.