F Pesawat terhempas: Juruterbang masih belum serik | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pesawat terhempas: Juruterbang masih belum serik

"Tidak serik kerana ajal maut di tangan Tuhan," kata Mejar Nazrul Hafiz Zaini yang terselamat dalam insiden pesawat terhempas di Nenasi, Pekan.

Kejadian berlaku selepas pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Aermacchi MB339CM yang berpangkalan di Pangkalan Udara Kuantan itu terhempas selepas mengalami masalah teknikal kira-kira jam 12.50 tengah hari, tadi.

Nazrul bersama seorang juru terbang pelatih, Leftenal Hakimi Khairi, 24, terselamat apabila berjaya keluar menggunakan kerusi injap pesawat.

Nazrul yang yang mengalami kecederaan di leher dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Katanya, dia juga tidak trauma dengan kejadian tersebut memandangkan ia adalah lumrah dalam tugasannya.

"Masa kejadian, orang kampung dan pihak bomba cepat tiba di lokasi untuk membantu kami berdua," katanya.

Sementara itu, ayah Hakimi, Khairi Yusof, 47, terkejut sebaik menerima perkhabaran yang menimpa anak keduanya itu.

Katanya, dia menerima panggilan daripada anak sulung memaklumkan bahawa pesawat dipandu Mohd Hakimi terhempas di Pekan.

"Hari ini kebetulan saya ke Kuantan untuk urusan perbaharui lesen kenderaan dan ketika perjalanan pulang ke Kemaman, anak sulung telefon beritahu.

"Memang terkejut namun bersyukur apabila Mohd Hakimi terselamat walaupun mengalami kecederaan di kaki kiri,"katanya ketika ditemui di HTAA.


Sementara itu menurut kenyataan media dikeluarkan Markas Tentera Udara, pesawat tersebut dikatakan mengalami masalah teknikal ketika membuat penerbangan latihan.


TUDM akan menubuhkan sebuah Lembaga Penyiasatan bagi menyiasat punca kemalangan.
Powered by Blogger.