F Pernah Rasa Macam Hidup Segan Mati Tak Mahu - Aliff Aziz | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pernah Rasa Macam Hidup Segan Mati Tak Mahu - Aliff Aziz

Penyanyi Aliff Aziz memberitahu impak dihambat beberapa kontroversi sekitar dua tahun lalu membuatkan dia hampir-hampir kehilangan segala yang diperolehi dalam hidupnya termasuklah mencipta nama sebagai anak seni.

Menurut pemuda kelahiran Singapura ini, kontroversi dan isu panas tersebut memberi tekanan justeru dia mengambil keputusan untuk kembali ke negaranya dan berehat.

Dalam tempoh itu dia mengalami kemurungan yang teruk dan menghabiskan masa di rumah dengan banyak bermuhasabah memikirkan kesilapan yang telah menjatuhkan maruahnya sekeluarganya

"Saya akui kontroversi dan isu-isu yang mengaitkan nama saya dua tahun lalu membuatkan saya hampir hilang apa yang saya ada termasuklah kerjaya saya. Selama dua tahun berehat, saya banyak habiskan masa di rumah. Pernah sampai satu tahap saya rasa macam hiduip segan mati tak mahu.

"Selama dua tahun berehat, saya banyak habiskan masa di rumah, makan, menonton televisyen. Sesekali saya ada mengemaskini Instagram tapi tidak sampai beberapa minit memuat naik saya memadamkan status dan gambar yang saya muat naik itu sebab saya rasa takut dan malu.

"Disebabkan tidak buat apa-apa aktiviti, pernah sampai satu tahap saya rasa macam, hidup segan mati tak mahu. Tapi dalam tempoh itu saya pernah cuba keluar dan bekerja, macam-macam kerja saya buat.

"Namun cemuhan daripada orang sekeliling terhadap diri saya pada ketika itu membuatkan saya tidak mampu bertahan lama dan meneruskan pekerjaan-pekerjaan saya itu dan akhirnya saya berhenti," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album keempatnya, Rebirth, di ibu kota baru-baru ini.

Namun dalam tempoh itu, kata Aliff, dia cuba memotivasikan dirinya dengan menonton semula video kerja-kerja seninya lama ini. Tambahan, selepas dengan Bella Astillah yang kini sudah menjadi tunangnya, dia semakin pulih dan kembali bersemangat untuk bekerja semula.

"Setiap hari apa yang saya buat, saya tonton semula video momen anugerah-anugerah yang pernah saya menangi, saat-saat di mana peminat menjerit nama saya. Saya fikir kenapa saya harus sia-siakan semua kerja keras saya selama ini.

"Sehinggalah sekitar tahun 2015, saya hadiri satu acara Anugerah Industri Muzik dan sewaktu itulah saya berjumpa dengan Bella. Apabila pulang semula ke Singapura, saya kembali dengan rutin sama namun kali in jika saya rasa mahu meluahkan sesuatu, saya akan hubungi Bella. Dialah yang banyak mendengar luahan saya. Dia juga lah yang bagi semangat dan buat saya keluar dari kemurungan saya.

"Selepas kerap kami berhubung, dia ajak saya berjumpa di Kuala Lumpur dan akhirnya saya bertemu dengan dia dan keluarganya, kami berbual panjang. Keluarganya menerima baik kehadiran saya. Kebetulan pada hari itu juga pihak syarikat rakaman saya menghubungi saya. Ketika itu saya rasa inilah masa yang tepat untuk saya kembali semula meneruskan kerjaya saya. Saya mulakan dengan menyambung semula proses rakaman album," katanya.

Tambahnya, meskipun ada segelintir pihak terus menghukumnya dirinya dek kontroversi lalu, namun dia tidak mahu ambil pusing dengan cemuhan dan kritikan tersebut kerana apa yang penting kini dia mahu memastikan diriya bersih dari perkara-perkara yang boleh mencetuskan apa-apa isu panas.

Sementara mengenai Rebirth, album tersebut disifatkan sebagai album kelahiran semula sesuai dengan kemunculan semulanya bersama semangat baru untuk terus membina nama dalam industri muzik.

Album tersebut mengandungi 10 buah lagu seperti Selayakknya Aku, Coba, Novella, Setelah Kau Pergi, Ada, Dengarkan Aku, Pujangga, Tak Ada Cinta Seperti Mu duet bersama Siti Nordiana dan Warna Cinta 9duet bersama Kilafairy).

Album ini turut mendapat sentuhan beberapa komposer terkenal antaranya Faizal Tahir, Kunci Demak, Tun Teja dan Azlan Abu Hassan.
Powered by Blogger.