F Pengurus cipta sajak untuk Siti Nurhaliza | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pengurus cipta sajak untuk Siti Nurhaliza

Pengurus Datuk Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak melancarkan buku puisi sulungnya berjudul Rumah Perasaan yang turut memuatkan sebuah sajak buat penghibur nombor satu negara itu. Beliau berkata puisi yang ditulis untuk Siti Nurhaliza yang diberikan tajuk 'Menobatkan Tabah' diilhamkan bersandarkan pengalamannya sepanjang berada di sisi penyanyi terbabit. "Rumah Perasaan ini saya anggap mewakili luahan hati dan nurani semua insan hingga akhirnya dapat disatukan dalam sebuah naskhah. Ia merangkumi 116 puisi, termasuk Menobatkan Tabah yang tercetus daripada kaca mata saya sendiri mengenai insan bernama Siti Nurhaliza Tarudin. "Nukilan istimewa ini menonjolkan sisi peribadi beliau yang juga tidak jauh berbeza dengan individu lain, malah sama seperti kita semua. Ketabahannya bukan sekecil anak setiap kali berdepan dengan pelbagai dugaan," katanya. Pada majlis pelancaran baru-baru ini, turut dilancarkan ialah dua lagi antologi sajak, Sajak-Sajak Jahanam dan Sajak-Sajak Palsu. Ketiga-tiga naskhah yang diterbitkan syarikat Selud & Sang Freud Press itu bakal dipromosikan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016. Mengenai Rozi, bekas wartawan di sebuah akhbar itu aktif menulis puisi sejak darjah lima, malah pernah mendalami dunia penulisan kreatif di Akademi Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Beliau kini dalam proses menghasilkan buku puisi keduanya, berikutan Siti memutuskan untuk berehat seketika daripada industri hiburan tanah air.


Powered by Blogger.