F Penggiat Seni Disaran Sertai Program Khairat Kematian YA1M | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Penggiat Seni Disaran Sertai Program Khairat Kematian YA1M

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyarankan semua penggiat seni supaya mendaftar
diri sendiri dan keluarga dalam program khairat kematian di bawah kelolaan Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M).

Salleh berkata, program khairat itu penting demi menjamin masa depan peserta dan keluarga kerana ia dapat meringan beban kewangan dan lain-lain urusan sekiranya berlaku kemalangan atau kematian.

"Saya menyeru kepada semua pengerusi, presiden dan juga anggota jawatankuasa persatuan-persatuan penggiat seni supaya menyampaikan maklumat program khairat ini kepada anggota mereka demi menjaga kebajikan artis-artis di bawah naugan mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program khairat kematian YA1M di sini, Selasa.

Turut hadir Pengerusi YA1M Datuk Irwan Shah Abdullah yang lebih dikenali sebagai DJ Dave.

Salleh berkata kebajikan artis di Malaysia akan terus dijaga menerusi program julung kali diadakan itu dan program berkenaan dibuka untuk penyertaan artis bukan Islam yang akan mendapat faedah sama.

"Saya diberitahu di bawah program khairat ini, peserta akan mendapat pakej pengurusan jenazah lengkap bernilai RM1,500, wang khairat RM3,000 diberikan selepas 30 hari serta badal haji percuma.

"Selain itu, sekiranya peserta meninggal dunia akibat kemalangan, keluarga artis yang berdaftar akan diberi RM10,000," kata Salleh.

Bagi artis bukan Islam pula, wang khairat RM1,500 akan diberikan pada hari kematian manakala tambahan RM4,500 lagi selepas 30 hari.
Powered by Blogger.