F Pengarah filem Azura masuk hospital | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pengarah filem Azura masuk hospital

Pengarah filem Azura, Deddy M Borhan dimasukkan ke sebuah hospital di sini, tengah hari semalam kerana tekanan darah tinggi. Anak perempuan beliau, Shabana M Borhan, berkata bapanya mula mengalami sakit kepala sejak malam kelmarin sebelum membuat pemeriksaan di klinik berdekatan rumah mereka. Bagaimanapun, Shabana berkata, bapanya masih berasa sakit kepala dan pening pada keesokan pagi sebelum mereka sekeluarga membawanya ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut. "Selepas pemeriksaan awal, doktor memberitahu bacaan tekanan darah ayah direkodkan pada paras tinggi iaitu 189 dan hospital menahannya untuk pemeriksaan rapi. "Ini kali pertama ayah mengalami tekanan darah tinggi seperti ini kerana sebelum ini beliau tidak pernah menghidap sebarang penyakit," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi. Shabana yang juga anak ketujuh daripada lapan beradik berkata, keadaan bapanya kini beransur pulih tetapi tekanan darah masih belum stabil," katanya. Mula bergelar pengarah dan penerbit sekitar awal tahun 1980-an, Deddy M Borhan cukup terkenal menerusi sentuhan karya filem Azura lakonan Fauziah Ahmad Daud dan Datuk Jamal Abdillah. Deddy kini memegang jawatan sebagai Penasihat Kreatif FINAS Sabah dan Sarawak, selain aktif memberi ceramah perfileman di universiti awam (UA) dan institusi pengajian tinggi (IPT).


Powered by Blogger.