F Penganjur konsert terkilan kontroversi landa Search | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Penganjur konsert terkilan kontroversi landa Search

Penganjur Konsert 35 Tahun Search, Afjet Sdn Bhd, terkilan dengan kontroversi yang melanda kumpulan rock terkenal itu. Ketua Pegawai Eksekutif, Amrul Mizar Anuar, mengharapkan kemelut itu segera berakhir dan diselesaikan secara baik supaya konsert terbabit dapat diteruskan seperti dirancang. "Terus-terang kami sebagai penganjur sangat terkilan dengan apa yang berlaku. Kami anjurkan konsert ini kerana kami memang peminat Search. "Sudah banyak yang dibelanjakan untuk konsert ini dan saya harap, kedua-dua pihak dapat menyelesaikan isu ini dengan baik," katanya ketika dihubungi BH Online sebentar tadi. Mengulas isu ketiadaan nama Yazit dalam Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) konsert berkenaan, apabila hanya empat nama tercatat seperti didakwa pemain dram itu, Amrul berkata, mereka hanya mengikut apa yang ditetapkan oleh pihak Search. "Mengikut draf asal, semua nama anggota Search ada dalam MoU itu. Namun, selepas diserahkan kepada pihak Search, nama Yazit sudah tiada. Kami akur saja dengan kehendak mereka," kata Amrul. Mengenai isu bayaran pertama yang tidak diterima Yazit, Amrul berkata, perkara itu sudah diserahkan kepada pihak Search memandangkan mereka sendiri berjanji akan menguruskannya dengan pemuzik terbabit. "Bayaran pendahuluan pertama sebanyak RM75,000 sudah pun dibayar atas nama Search, Disember lalu, dan mereka berjanji akan mengagihkannya bersama Yazit. Bagaimanapun selepas bertemu Yazit, beliau memberitahu saya dirinya tidak menerima wang pendahuluan berkenaan. "Tidak mahu ada perasaan terkilan, saya membuat bayaran secara individu sebanyak RM10,000 seorang pada Mac lalu," katanya.


Powered by Blogger.