F Pendapatan Fasha Sandha melonjak | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pendapatan Fasha Sandha melonjak

Pendapatan pelakon, Fasha Sandha dalam tempoh lima bulan pertama tahun 2016 adalah yang paling tinggi dibandingkan dengan perolehan tahunan terdahulunya sepanjang 12 tahun membina kerjaya dalam industri hiburan. Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 32, berkata rezeki yang tidak putus diraih sejak bulan pertama tahun ini adalah daripada hasil lakonan selain pelantikan sebagai duta jenama atau jurucakap dan model produk. Fasha berkata, pengakuannya itu bukan kerana mahu bermegah sebaliknya berkongsi kesyukuran dan terima kasih apabila masih mendapat kepercayaan penerbit, pengarah serta syarikat pengeluar yang mempercayai kredibilitinya melaksanakan setiap tanggungjawab. "Semua ini adalah rezeki anak-anak. Boleh dikatakan musim 2016 adalah tahun terbaik saya yang bukan sekadar dilimpahkan ketenangan menjalani kehidupan bersama dua permata hati malah undangan lakonan dan tawaran sebagai duta juga datang bersilih ganti. "Memang benar apabila diuji ia peringatan supaya kita terus kuat dan nyata setiap dugaan mempunyai hikmah yang mengajar kita supaya sentiasa bersyukur. Alhamdulillah, rezeki yang diberikan kepada saya dan anak-anak sentiasa ada," katanya selepas dilantik sebagai duta hijab Fasha Sandha by Milyunir, semalam. Ibu kepada Putra Rayfal, 2, dan Putri Raysha Jemima, 1, itu memaklumkan sesibuk manapun dengan penggambaran, promosi produk serta perniagaan, beliau menetapkan satu hari dalam seminggu untuk bersama dua anak kesayangannya itu. "Hak penjagaan anak sepenuhnya diberikan kepada saya dan sudah pasti saya mahu sentiasa berada di sisi mereka dalam apa juga situasi. Segala yang terbaik akan saya berikan kepada mereka. Anak adalah nyawa saya. "Mujur pihak produksi memahami tanggungjawab saya. Terkini, saya membintangi drama 100 episod, Lara Aishah hingga November depan. Tempoh panjang penggambaran tidak menjadi masalah kerana bukan setiap hari ada babak membabitkan saya," katanya yang membawa status ibu tunggal sejak Januari lalu.


Powered by Blogger.