F Pencetus Ummah Zaid meninggal dunia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pencetus Ummah Zaid meninggal dunia

PEMENANG tempat ketiga program Pencetus Ummah (PU) 2015, Abdul Zaid Abdul atau PU Zaid, 31, meninggal dunia setelah mengalami sesak nafas, pagi tadi, lapor sebuah portal berita tempatan.

Bapanya, Abdul Sabadin, 72, berkata sekitar jam 8.30 pagi tadi, PU Zaid sempat bersarapan di rumah di Kampung Pukat, Tanjung Batu, Tawau bersama ahli keluarga lain.

"Selepas sarapan, dia ke tandas dan sebaik keluar dia kelihatan lemah dan nafasnya tercungap-cungap.

"Kami kemudian mengejarkannya ke Hospital Tawau namun sebaik tiba, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia," katanya.

Difahamkan, Allahyarham pernah menghidap jangkitan kuman pada paru-paru sebelum ini.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir Putih, di sini, petang ini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Fatimah Zahrah Abdul Syukur, 29, dan seorang cahaya mata perempuan, Dhia Zahrah, berusia setahun setengah.
Powered by Blogger.