F Peminat Pulangkan Dompet, Chris Hemsworth Beri RM40,000 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Peminat Pulangkan Dompet, Chris Hemsworth Beri RM40,000

PELAKON Chris Hemsworth terharu dengan tindakan seorang peminat memulangkan dompetnya yang tercicir di sebuah restoran baru-baru ini.

Daily Mail melaporkan Chris turut menghadiahkan wanita dikenali sebagai Tristin Budzyn-Barker wang tunai berjumlah USD10,000 (RM40,000) sebagai membalas jasanya.

Sebelum itu, Tristin ketika memulangkan dompet berkenaan enggan menerima sebarang imbuhan sebaliknya hanya meminta beberapa tiket ke program The Ellen Show yang mana pelakon filem Thor itu akan membuat kemunculan.

Chris, 32, menunaikan hasrat wanita berkenaan dan menjemputnya naik ke pentas ketika muncul dalam program itu dan menghadiahkan wang tunai tersebut.

"Saya pada awalnya menjangkakan wang dalam dompet saya sudah tiada tetapi sebaliknya berlaku. Tristin seorang yang jujur dan dia layak menerima hadiah ini," kata Chris.
Powered by Blogger.