F Peminat Marah Gambar IOI Dalam Bilik Mandi Tersebar | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Peminat Marah Gambar IOI Dalam Bilik Mandi Tersebar

Insiden gambar dua daripada anggota kumpulan I.O.I (Ideal of Idol) yang sedang berada di dalam bilik air tersebar baru-baru ini telah mengundang kemarahan ramai peminat.

Rata-rata peminat kumpulan itu mengecam dan menguntuk tindakan individu atau mereka lebih dikenali dengan gelaran 'sasaeng fans' (peminat fanatik) yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab kerana memuat naik gambar tersebut di laman internet.

Pada 22 Mei lalu, kecoh mengenai gambar Kim Se Jung dan Yoo Yeon Jung di bilik mandi telah dimuat naik di laman internet. Foto tersebut menunjukkan kedua-dua anggota itu diiringi pengawal peribadi.

Kim Se Jung dan Yoo Yeon Jung seolah-olah menyedari ada sasaeng yang mengintip dan merakamkan gambar mereka. Namun Yeon Jung yang ketika itu sedang menghadap cermin tetap memberikan reaksi senyum ke arah mereka walaupun menyedari privasinya diganggu.

Penyyebaran gambar tersebut mendapat banyak komen-komen negatif dan kritikan,

"Saya faham mereka adalah selebriti yang tidak mempunyai banyak privasi, tetapi mengambil gambar-gambar mereka di bilik mandi adalah sesuatu yang tidak boleh diterima", "sasaeng" itu sudah melampau kerana menyebarkan gambar mereka," komen salah seorang peminat.

Selain Kim Se Jung dan Yoo Yeon Jung, kumpulan yang popular dengan lagu Crush ini turut dianggotai oleh Lim NaYoun, Kim ChungHa, Jung ChaeYeon, Zhou Jieqiong, Kim SoHye, Choi YooJung, Kang Mina, Kim DoYeon dan Jeon Somi.
Powered by Blogger.