F Peminat Justin Bieber berarak di Buenos Aires | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Peminat Justin Bieber berarak di Buenos Aires

Beratus-ratus peminat Justin Bieber berarak di ibu negara Argentina untuk menuntut pihak berkuasa membenarkan bintang pop Kanada itu melakukan persembahan di negara Amerika Selatan itu. Isnin lalu, Bieber menerusi akaun Twitter miliknya berkata beliau amat berminat untuk melakukan persembahan di Argentina, sebahagian daripada jelajah Purpose Tour tetapi gagal berbuat demikian atas faktor perundangan. Penyanyi itu terpalit dengan satu kes mahkamah di negara berkenaan atas tuduhan menghantar pengawal peribadi untuk menyerang seorang jurugambar di luar sebuah kelab malam di Buenos Aires dalam satu lawatan pada 2013. Semalam, beratus-ratus peminatnya berarak ke Mahkamah Keadilan di Buenos Aires membawa sepanduk menyatakan "Argentina Memerlukan Justin" dan "Hak Bermuzik." Salah seorang peminat yang turut serta berkata jika hakim kes itu mempunyai perasaan, beliau akan membenarkan Bieber melakukan persembahan di Argentina.


Powered by Blogger.