F Peminat Isytihar Boikot Big Bang | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Peminat Isytihar Boikot Big Bang

Gara-gara marah dan kecewa dengan kesilapan dari segi pengurusan dan aktiviti yang melibatkan Big Bang sejak kebelakangan ini, justeru peminat telah menghantar mesej kepada agensi kumpulan itu memaklumkan bahwa mereka memutuskan untuk memboikot jualan DVD Soul Concert Live 2016.

Menurut VIP (gelaran peminat), segala aktiviti dan jadual Big Bang yang diatur pengurusan YG Entertainment sangat teruk dan mengecewakan sekaligus mereka mengkritik agensi tersebut.

Selama lapan tahun sejak kemunculan Big Bang menerusi album pertama, mereka sangat sibuk dengan jadual yang padat dan agensi seolah-olah tidak mengambil berat akan keselamatan juga imej kelima-lima anggota itu terutama apabila berlaku penyebaran di internet.

Bagaimanapun, VIP mengesa sekiranya agensi itu mahu mereka berhenti daripada memboikot, YG perlu memberikan maklumat yang lebih khusus dan terperinci mengenai album penuh Big Bang pada masa akan datang selain mengambil berat tentang kesihatan dan kebajikan setiap anggota.

Big Bang terdiri daripada G-Dragon, T.O.P, Taeyang, Daesung dan Seungri. Ditubuhkan sejak 10 tahun lalu, mereka meraih populariti dam mencipta nama sebagai kumpulan berpengaruh di Korea juga di peringkat antarabangsa.
Powered by Blogger.