F Pemilik Bonia anak penoreh getah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pemilik Bonia anak penoreh getah

BONIA merupakan syarikat peruncit fesyen berkualiti berpangkalan di Malaysia yang mempunyai lebih daripada 700 cawangan jualan dan 70 butik di seluruh Asia.

Jenama ini memasarkan kasut, barangan kulit dan aksesori, selain terlibat dalam aktiviti pengeluaran.

Syarikat ini ditubuhkan oleh S.S.Chiang selaku pengerusi eksekutif yang memulakan perniagaan mereka bentuk, pembuatan dan pemborongan barang kulit di Singapura.

Chiang merupakan anak sulung daripada sembilan adik beradik di Melaka. Berikutan kemiskinan keluarga, Chiang berpindah ke Pulau Pinang untuk bekerja di kilang beg tangan ketika berusia 15 tahun.

Pada 1971, Chiang mengembara ke Singapura untuk menambah pengalaman di kilang beg tangan lebih besar.

Tiga tahun kemudian, Chiang membuka kilang kecil miliknya sendiri dengan bantuan tujuh tenaga kerja.

Bermodalkan $1,200, Chiang membeli sebuah mesin jahit terpakai dan membuat penghantaran beg tangan yang telah siap menggunakan motosikal.

Pada 1978, Chiang berpindah ke Johor Bahru dan menghasilkan beg-beg tangan untuk syarikat besar.

Selepas menyedari potensi untuk menghasilkan beg jenamanya sendiri, Chiang berpindah pula ke Kuala Lumpur.

Manakala, jenama Bonia terhasil selepas Chiang melawat Bologna, Itali pada 1979.

Sehingga kini, Bonia telah mengembangkan sayap perniagaan ke Indonesia, Hong Kong, Brunei dan Taiwan.

Bonia juga aktif untuk mengambil bahagian dalam Pameran Perdagangan Kulit Antarabangsa di Jerman, Itali, Timur Tengah, Hong Kong dan Singapura.

Jenama itu disenaraikan di KLCI Bursa Malaysia sebagai bursa kedua pada 1994 dan kemudian telah dipindahkan ke Main Board Bursa Malaysia.

Jenama ini berkembang ke Syria pada 2009 dan dengan cawangan utama yang terletak di Aleppo dan Damsyik.

Selain Bonia, Chiang juga sudah mewujudkan 13 lagi jenama produk antaranya Sembonia dan Carlo Rino.
Powered by Blogger.