F Pemenang Oscar, Alicia Vikander jadi Lara Croft | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pemenang Oscar, Alicia Vikander jadi Lara Croft

Filem Tomb Raider yang diberi nafas baharu terbitan Warner Bros dan MGM bakal menyaksikan pemenang Oscar, Alicia Vikander, memegang watak popular Lara Croft. Menurut Variety, pelakon The Danish Girl dan Ex Machina itu sememangnya pilihan utama studio perfileman terbabit, walaupun ada khabar mengatakan bintang Star Wars: The Force Awakens, Daisy Ridley, turut dipertimbangkan untuk menjayakan watak lasak berkenaan. Sumber memberitahu, studio berkenaan kini hanya menunggu draf skrip yang baharu sebelum mengumumkan secara rasmi pembabitan Vikander dalam projek filem itu. Vikander baru-baru ini memenangi trofi Oscar hasil persembahannya sebagai pelukis potret, Gerda Wegener, dalam filem The Danish Girl. Tomb Raider baharu akan diarahkan oleh Roar Uthaug. Kata pengarah Norway berkenaan, filem terbabit akan dihasilkan dengan berinspirasikan permainan baharu daripada Square Enix dan menampilkan watak Lara Croft yang lebih bersifat kemanusiaan. Sebelum ini, watak ikonik berkenaan dilakonkan oleh bintang sensasi, Angelina Jolie. Beliau muncul dalam Lara Croft: Tomb Raider (2001) dan Lara Croft Tomb Raider: The Cradle of Life (2003). Selain Tomb Raider, Vikander juga akan muncul dalam filem kelima Bourne, bersama-sama Matt Damon.


Powered by Blogger.