F Pelawak Yoo Sang Moo Disiasat Cubaan Rogol Teman Wanita | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pelawak Yoo Sang Moo Disiasat Cubaan Rogol Teman Wanita

NAMA Yoo Sang Moo menjadi perhatian selepas dia dilaporkan disiasat oleh pihak polis berhubung dakwaan cuba merogol teman wanitanya dalam satu kejadian pada Rabu lalu.

Soompi melaporkan teman wanita pelakon dan pelawak itu yang dikenali sebagai A menelefon polis pada pukul 3 pagi memberitahu Sang Moo cuba merogolnya ketika mereka berada di sebuah hotel di Gangnam, Seoul.

Malah A ke sebuah hospital selepas membuat aduan itu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Bagaimanapun wanita berkenaan sekali lagi menelefon polis pada 8.30 pagi hari sama untuk menarik balik dakwaan dibuat terhadap Sang Moo.

Dalam pada itu, Sang Moo dalam satu kenyataan menegaskan dakwaan berkenaan tidak benar dan memberitahu A berada dalam keadaan mabuk ketika membuat panggilan tersebut.

Pihak polis yang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) ditempat kejadian tidak menjumpai sebarang bukti yang mengatakan A telah dipaksa untuk memasuki hotel berkenaan.

Sementara itu, A menyangkal dakwaan dia mempunyai hubungan cinta dengan pelawak itu selain memberitahu mereka hanya bertemu beberapa kali sebelum ini.

Pun begitu, Sang Moo telah menyerahkan bukti termasuk perbualan mesej di telefon bersama A sebagai bukti wanita berkenaan adalah teman wanitanya.
Powered by Blogger.