F Pelakon Hong Kong, Aaron Kwok Jalani Penggambaran Di Malaysia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pelakon Hong Kong, Aaron Kwok Jalani Penggambaran Di Malaysia

Bintang filem Hong Kong iaitu Aaron Kwok berada di negara ini untuk menjalani penggambaran filem terbaharunya di The Xiao En Memorial Park, di sini.

Bagaimanapun selepas menyedari kehadiran wartawan dan jurugambar merakamkan foto di lokasi berkenaan, kru filem terbabit mengarahkan mereka meninggalkan kawasan penggambaran berkenaan.

Sumber berkata, filem Mandarin itu adalah sebuah genre aksi berunsurkan komedi.

Bintang filem China iaitu  Liu Qianyuan dan Liu Tao dikatakan menjadi pelakon pembantu bersama Kwok.

Sumber turut menambah, kira-kira 80 peratus penggambaran filem itu akan dilakukan di Malaysia yang memakan masa sebulan atau lebih.

Dalam pada itu Pengurus Kanan Pemasaran dan Komunikasi pusat peringatan itu, Kidman Kok berkata, selain menaja penggambaran berkenaan, pihakya juga terlibat buat kali pertama membabitkan soal rekaan set.

Katanya, dewan di pusat peringatan itu telah dihias untuk adegan pengebumian mayat.

“Kami juga turut menggunakan bunga segar dari jenis lili dan kekwa yang mana kos keseluruhannya mencecah antara RM30,000 sehingga RM40,000 yang ditaja pihak kami,” katanya.

Katanya, ia merupakan kali pertama mereka terlibat dalam penggambaran filem antarabangsa.
Powered by Blogger.