F Pekak ke Cannes | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pekak ke Cannes

Filem Pekak terbitan Grand Brilliance dan Lightbulb Pictures bakal menempa sejarah apabila dipilih Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk ditayangkan di Marche du Film 2016, pada 17 Mei ini di Cannes, Perancis sempena Festival Filem Cannes.

Marche du Film 2016 ialah pasaran tayangan filem terbesar di Cannes.

Pekak diarahkan pengarah baru, Mohd Khairul Azri serta menampilkan pelakon popular Zahiril Adzim dan Sharifah Amani selaku watak utama.

Pekak mengisahkan mengenai pengedar dadah bernama Uda yang cacat pendengaran. Dia terpaksa menjalani kehidupan sebagai pengedar dadah bagi menampung pembiayaan pembedahan bagi memulihkan pendengarannya.

Ia akan ditayangkan di seluruh negara bermula 1 September ini.
Powered by Blogger.