F Pegawai Kastam Sebarkan Gambar Pasport Song Joong Ki? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pegawai Kastam Sebarkan Gambar Pasport Song Joong Ki?

Seperti yang kita semua tahu, drama lakonan Song Joong Ki, Decendents of The Sun mencetuskan fenomena luarbiasa sehingga ke luar negara, terutama di negara China.



Justeru tidak hairanlah dek kerana populariti Joong Ki yang semakin meningkat secara mendadak sejak kebelakangan ini sekaligus membuatkan ruang privasi bintang pujaan ramai itu turut menjadi perhatian.

Joong Ki kini sedang sibuk dengan jadualnya yang padat untuk acara-acara bertemu peminat-peminatnya di seluruh Asia.

Terbaharu, dilaporkan gambar pasport pelakon berusia 31 tahun ini telah tersebar di ruang laman-laman media sosial di China. Bukan itu saja, sekeping gambar menunjukkan beliau sedang melalui pemeriksaan kastam di lapangan terbang negara itu juga tersebar di internet.

Netizen mendakwa penyebaran gambar tersebut dilakukan oleh seorang pegawai kastam yang bertugas di lapangan terbang tersebut. Pengawai itu disyaki telah merakamkan gambar Joong Ki serta maklumat peribadinya.

Dakwaan tersebut timbul kerana gambar yang tersebar itu dipercayai telah dirakamkan ketika Joong Ki berada Guangzhou pada 27 Mei lalu. Seterusnya Joong Ki dijadualkan akan bertemu peminat di Shanghai, Hong Kong, Chengdu dan Taipei.
Powered by Blogger.