F Payslip Rasa Bertuah Kerana Angry Birds | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Payslip Rasa Bertuah Kerana Angry Birds

Kumpulan PaySlip menyifatkan peluang mewakili Malaysia dan berkolaborasi bersama DJ terkenal dari Norway, Matoma, untuk menyanyikan lagu tema filem animasi 3 Angry Birds berjudul Wonderful Life (Mi Oh My) sebagai tuah.

The Angry Birds Movie bakal ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia pada 12 Mei 2016 ini.

Bagi versi di dalam Bahasa Malaysia, Warner Music Malaysia telah memilih Tun Teja sebagai penulis lirik bagi lagu tersebut.

Kumpulan PaySlip dianggotai 3 anak muda berbakat besar iaitu Mohd Asrul Hakimi (Akeem) sebagai vokalis, Mohd Asrul Najmi (Jimmy) sebagai pemain bass dan seorang yang berlatarbelakangkan kumpulan rock lagenda XPDC, iaitu Nik Mohd Arif (Arif) sebagai pemain gitar.

Jika sebelum ini PaySlip telah menarik perhatian sebuah syarikat perkhidmatan muzik digital terkemuka dari Sweden iaitu Spotify dimana PaySlip telah diundang oleh Spotify untuk menjadi band Malaysia pertama yang mendapat perkhidmatan eksklusif pre-stream dan melancarkan album sulung mereka ‘PaySlip’ di Spotify pada November 2014.

Kini mereka sekali lagi telah menarik perhatian Nordia West iaitu wakil dari Atlantic Records iaitu salah sebuah syarikat rakaman terbesar di Amerika Syarikat dan diberi kepercayaan oleh mereka untuk menyampaikan lagu Wonderful Life (Mi Oh My) di dalam versi Bahasa Malaysia.

PaySlip dan pihak Warner Music Malaysia hanya diberi tempoh selama 14 hari sahaja untuk menjayakan lagu ini.

“Pihak A&R Warner Music Malaysia telah berbincang dan memilih Tun Teja sebagai penerbit dan penulis lirik bagi lagu tersebut di dalam versi tempatan. Setelah proses rakaman dijalankan saya menghantar lagu tersebut kepada Nordia West dan Alhamdulillah telah diterima. Hanya sekitar 48 jam demo tersebut dihantar. PaySlip dan Tun Teja bergabung tenaga dalam 4 hari sahaja bagi menyiapkan projek Wonderful Life (Mi Oh My) ini” ujar En. Mokhtaza Ahmad (Che Mokh) selaku Pengurus A&R Warner Music Malaysia.

Ini merupakan satu pencapaian terbesar bagi kumpulan PaySlip sendiri kerana telah diberi kepercayaan dan tanggungjawab yang besar untuk membuktikan bahawa mereka mampu membawa lagu ini ke satu aras yang lebih tinggi dengan cara dan gaya mereka sendiri.

Wonderful Life (Mi Oh My), sebuah lagu Pop yang santai dengan gubahan muziknya yang mampu mengajak pendengar untuk turut menyanyi bersama. Berentakan tempo dan muzik yang ‘catchy’ dan lirik yang mudah diikuti ini membuatkan pendengar kanak-kanak juga senang untuk menerima lagu ini.

Muzik video bagi lagu ini juga akan dilancarkan di YouTube Warner Music Malaysia pada 16 Mei 2016 ini.

Selain daripada itu, "The Angry Birds Movie (Original Motion Picture Soundtrack)" menampilkan beberapa lagu baru antaranya lagu “I Will Survive” dari Demi Lovato dengan gayanya sendiri, sensasi pop antarabangsa Charli XCX “Explode,” Steve Aoki “Fight,” dan “Wonderful Life (Mi Oh My),” ciptaan bintang DJ/produser/artis Matoma dari Norway.
Powered by Blogger.