F Park Gyuri Nafi Kumpulan Kara Sudah Bubar | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Park Gyuri Nafi Kumpulan Kara Sudah Bubar

PENGUMUMAN agensi DSP Media tentang pembubaran kumpulan Kara pada Januari lalu mengejutkan banyak pihak terutamanya peminat-peminat kumpulan tersebut.

Bagaimanapun, ketua kumpulan itu Park Gyuri menerusi temuramah Herald POP pada Khamis menegaskan kumpulan itu masih wujud dan tidak akan bubar seperti diberitahu.

Katanya, apa yang dimaksudkan oleh pihak pengurusan bahawa beberapa ahli sudah berpindah dibawa pengurusan lain.

"Kara tidak bubar!, apa yang dikatakan bubar bermaksud kami berada dibawah pengurusan syarikat lain sahaja.

"Namun saya dan ahli-ahli lain masih selalu berhubung dan berbincang tentang kerjaya seni," ujarnya.

Tambah Gyuri, mereka berjanji bakal keluar dengan album baharu buat peminat-peminat setia kumpulan itu tidak lama lagi.

"Kami sudah tidak lagi dibawah pengurusan yang sama, jadi mungkin dari sudut promosi agak sukar sedikit," ujarnya.

Gyuri, Seungyeon, dan Hara kini berada dibawah pengurusan baharu. Sementara Youngji masih di DSP Media dan bakal keluar single secara solo.
Powered by Blogger.