F Park Bo Young Beri Penjelasan Isu Pembedahan Plastik | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Park Bo Young Beri Penjelasan Isu Pembedahan Plastik

PELAKON Park Bo Young menyangkal dakwaan kononnya dia melakukan pembedahan plastik bagi mengubah wajahnya.

Bo Young sebaliknya berkata, kecantikannya adalah hasil daripada teknik solekan selain kesan daripada produk kecantikan wajah yang digunakan sejak menjadi pelakon hampir sepuluh tahun lalu.

"Apabila anda telah lama berada dalam bidang seni pelbagai produk digunakan untuk memastikan wajah sentiasa segar selain teknik solekan.

"Pembedahan plastik pastinya bukan punca perubahan yang dilihat pada wajah saya," katanya.

Pelakon itu membuat penjelasan itu ketika muncul menerusi program Entertainment Weekly baru-baru ini menurut laporan Soompi.

Gosip mengatakan dia melakukan pembedahan plastik apabila filem pertama lakonannya berjudul Equal kembali ditayangkan dan rata-rata mengatakan wajahnya kelihatan berbeza.

"Setiap orang akan berubah mengikut peredaran zaman dan begitu juga saya.

"Ketika itu saya masih mentah dan tidak mempunyai pengalaman selain masih muda," jelasnya lagi.
Powered by Blogger.