F Ogy Lupakan Niat Mahu Bersara | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ogy Lupakan Niat Mahu Bersara

Meskipun beberapa tahun lalu beliau pernah terfikir untuk berundur daripada dunia seni namun Fauziah Ahmad Daud memberitahu bahwa hasratnya itu telah dilupakan kerana minat yang terlalu kuat dalam bidang berkenaan.

"Saya tidak menetapkan bila akan bersara kerana setiap kali datang skrip yang hebat saya akan rasa tercabar untuk melakukannya.

"Dulu ketika pulang daripada umrah saya ada fikir untuk berhenti dan keluar dari industri tapi akhirnya saya kembali semula berlakon. Jadi lebih baik saya tidak tetapkan bila saya rasa nak bersara" katanya seperti yang dilaporkan mStar Online.

Baru-baru ini Fauziah menerima anugerah khas juri iaitu Anugerah Sepanjang Hayat pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 (ABPBH 29) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Dalam pada itu Fauziah turut berkongsi pandangannya mengenai perkembangan industri hiburan dan kemunculan pelakon-pelakon baharu,

Beliau menyarankan kepada pendatang baharu agar mengambil kelas lakonan untuk terus bertahan dalam industri.

Figura yang lebih mesra dengan panggilan Kak Ogy ini juga berkata, mereka perlu buang ego atau rasa malu untuk mengambil inisiatif meningkatkan kualiti lakonan dari semasa ke semasa.
Powered by Blogger.