F Nyanyi di Smule, Siti Nurhaliza Dianggap Jatuhkan Kredibiliti Sendiri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Nyanyi di Smule, Siti Nurhaliza Dianggap Jatuhkan Kredibiliti Sendiri

Aksi penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza yang menyanyi menerusi aplikasi nyanyian, Smule, baru-baru ini dianggap menjatuhkan kredibilitinya sebagai penyanyi terkenal.

Memetik laporan BH Plus, Siti bagaimanapun menjelaskan tindakannya itu sekadar mahu menghiburkan secara tidak langsung membuatkan beliau berasa lebih dekat dengan peminat terutama peminat yang belum pernah berkesempatan menemuinya selama ini.

“Ramai yang bertanya, mengapa saya mencuba aplikasi Smule? Saya tahu aplikasi itu menjadi tempat untuk mereka yang menggemari nyanyian merakamkan video seolah-olah sedang berduet dengan penyanyi yang diminati. Salahkah saya jika mempunyai minat sama seperti orang lain.

“Saya juga sama seperti mereka, cuma mungkin yang membezakan kami apabila kerjaya saya sebagai penyanyi menjadikan saya dikenali ramai. Namun, saya juga mempunyai minat dan keinginan untuk mencuba aplikasi terbaru, apatah lagi jika ianya membabitkan kerjaya nyayian.

“Secara tak langsung, aplikasi ini buat saya dekat kepada peminat. Mereka yang tak berkesempatan bertemu saya secara peribadi, dapat melunaskan impian mereka menerusi Smule. Saya melihatnya dari sudut positif,” katanya.
Powered by Blogger.