F Noriah - Asmuni: Bercinta semula selepas 30 tahun | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Noriah - Asmuni: Bercinta semula selepas 30 tahun


MEREKA bertemu ketika remaja, jatuh cinta namun terpaksa berpisah. Tetapi...walaupun selepas lebih daripada 30 tahun dan telah mempunyai kehidupan masing-masing, namun cinta mereka tetap kuat dan utuh.

Itulah kisah cinta antara Allahyarhamah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan Mohd Asmuni Abdullah, kedua-duanya, 52, dijemput Ilahi pada Khamis lalu, selepas helikopter yang mereka naiki terbabit nahas di Sungai Batang Lupar, Sarawak.

Kebahagian mereka hanya bertahan lapan bulan, sesudah berkahwin pada September lalu selepas bertemu semula melalui Facebook.

Adik Noriah, Saiful Baharim, 44, ketika mengimbau kembali kisah cinta kakaknya berkata, mereka berdua berpisah lebih daripada 30 tahun lalu, selepas ibunya membantah hubungan mereka berdua.

"Mereka belajar di sekolah rendah yang sama di SK Sungai Burong, Selangor. Mereka mahu berkahwin apabila mereka selesai belajar di sekolah menengah tetapi ibu tidak membenarkannya kerana dia berkata, sambung belajar lebih penting.

"Akhirnya, mereka terpaksa melupakan hasrat untuk bersatu demi melanjutkan pengajian masing-masing.

"Asmuni pergi ke Amerika Syarikat untuk belajar seni bina manakala Noriah menyambung pengajian dalam bidang undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia," katanya petik laporan The Star yang menemui Saiful di rumah keluarganya, di  Kampung Batu 12, Sungai Burong, di sini semalam.

Beliau berkata, kedua-dua terputus hubungan dengan satu sama lain dan Noriah kemudian berkahwin dan mempunyai lima orang anak daripada tiga perkahwinan terdahulu, termasuk mempunyai seorang anak angkat yang berusia tiga tahun, manakala Asmuni juga mempunyai empat orang anak dan menetap di  New York selepas menamatkan pengajiannya.

Saiful berkata, pasangan itu hanya 'bertaut semula' pada awal tahun lalu apabila Noriah membuat 'reunion' untuk mengimpunkan alumni sekolah rendah beliau melalui Facebook.

Menyedari bahawa mereka masih mempunyai perasaan cinta antara satu sama lain, mereka terus berhubung dan berkahwin pada September lalu.

"Ia adalah benar-benar sebuah kisah cinta abadi kerana mereka suka antara satu sama lain sejak kecil," katanya sambil menunjukkan gambar-gambar lama Noriah dan Asmuni semasa zaman kanak-kanak dan remaja.

Sementara itu kakak Noriah, Sunarsih, 55, pula berkata, adiknya dilihat lebih gembira dan bahagia selepas berkahwin dengan Asmuni, dan acapkali bercakap tentang keluarganya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan helikopter yang membawa Noriah dan enam penumpang lain dilaporkan hilang pada Khamis lalu, pesawat itu dalam penerbangan dari Betong ke Kuching.

Helikopter itu berlepas dari Betong jam 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar 5 petang, namun terbabit nahas yang mengakibatkan berlakunya tragedi.

Rentetan daripada itu, pasukan mencari dan penyelamat telah menjalankan misi menyelamat setakat ini lima mangsa sudah ditemui.

Sementara, mayat suami Allahyarham Noriah, Asmuni Abdullah, dijumpai pada 3.20 petang semalam, berhampiran tempat mayat Noriah ditemukan.

Selain Noriah dan Mohd Asmuni, tragedi berkenaan turut mengorbankan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad; Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai dan pengawal peribadi Noriah, Lans Koperal Ahmad Sobri Harun.

Seorang lagi mangsa adalah, juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas.
Powered by Blogger.