F Niat Mahu Cederakan Beyonce Hanya Gurauan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Niat Mahu Cederakan Beyonce Hanya Gurauan

Seorang pekerja kontraktor memohon maaf secara terbuka kepada penyanyi Beyonce Knowles apabila membuat ancaman untuk mencederakan penyanyi itu ketika membuat persembahan.

Pekerja kontraktor yang bernama Austin L Zamora itu memuat naik video sedang memasang pentas untuk persembahan penyanyi tersebut di San Diego, Amerika Syarikat.

Dalam video tersebut seorang pengikut laman sosial lelaki itu menulis agar biar sahaja kerangka pentas tersebut tidak dipasang dengan baik dan runtuh menimpa penyanyi itu.

Austin kemudian membalas dengan kata-kata bersetuju dengan cadangan tersebut.

Bagaimanapun, video tersebut mendapat kecaman netizen dan menganggap ia satu ancaman buat penyanyi berkenaan.

Seperti dipetik TMZ, lelaki itu sudah menyedari kesilapan dan niatnya hanya untuk bergurau semata-mata.

Dia turut memohon maaf kepada keluarga Beyonce dan peminat-peminatnya. Dia juga mengakui tidak berniat untuk mencederakan artis tersebut.
Powered by Blogger.