F Nekad Lupakan Impian Bergelar Pemain Pedang Olimpik | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Nekad Lupakan Impian Bergelar Pemain Pedang Olimpik

Baru-baru ini menerusi program Go Fridge, penyanyi Jackson Wang mendedahkan mengapa dia melupakan impiannya mahu bergelar pemain pedang handalan sebaliknya memilih merealisasikan cita-cita menjadi bintang KPop.

Menurut anggota kumpulan Got7 itu, sebelum ini dia adalah seorang pemain pedang yang mewakili pasukan negaranya, Hong Kong.

Malah dia pernah ditawarkan biasiswa pengajian daripada Universiti Hong Kong dan Universiti Stanford, selama selagi dia bergelar penuntut dan mewakili institusi pengajian tersebut dalam setiap kejohanan.

Kemahiran dan bakat Jakson dalam sukan tersebut memang tidak dinafikan lagi. Bahkan teman-teman dan bapanya optimis mengatakan Jackson berpotensi memenangi pingat emas di Sukan Olimpik.

Walau bagaimanapun, disaat pemuda berusia 22 tahun ini hampir melangkah kaki ke kejohanan Sukan Olimpik, dia akhirnya  nekad dan memberanikan diri memberitahu bapanya bahwa dia mahu menjadi seorang penyanyi KPop.

"Pernah satu ketika ayah saya berkata, "pemain pedang kita yang seorang ni pasti mampu memenangi pingat emas Olimpik". Tapi saya terus beritahu dia, "ayah, saya sebenarnya mahu menjadi penyanyi, artis KPop". Ayah saya fikir saya hanya bergurau dan dia tidak mengambil serius akan luahan saya itu.

"Dan kemudian, pada suatu hari saya terus tunjukkan kontrak sebenar untuk ditandatangani dan berterus terang lagi kepadanya bahawa saya sangat meminati muzik dan mahu menjadi seorang 'rapper'. Ketika itu bapa saya sangat terkejut.

"Apa yang saya tahu dan mahu ialah saya minat muzik. Padahal ketika itu saya dalam persedian ke Sukan Olimpik di London. Tapi saya fikir, saya hanya hidup sekali saja. Jadi saya mahu melakukan banyak lagi perkara. Mencipta kejayaan itu satu perkara, tetapi ada banyak lagi yang saya mahu lakukan," tuturnya.
Powered by Blogger.