F Nana Sheme meriahkan karnival Sekolah Sultan Alam Shah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Nana Sheme meriahkan karnival Sekolah Sultan Alam Shah

Finalis Anugerah Bintang Popular BH Ke-29 (ABPBH 29), Nana Sheme akan memeriahkan Karnival Usahawan Muda dan Hari Koperasi Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) di sini, esok. Pengunjung berpeluang beramah mesra dengan Nana yang menjadi calon Top 5 kategori Artis Baharu Wanita Popular tetapi tewas di tangan pelakon, Mira Filzah pada malam penentuan ABPBH 29, Ahad lalu. Nana yang popular dengan lagu Hantu Atau Buaya dan dendangan terbaharu yang kian menarik perhatian anak muda iaitu Boleh Blah, bakal menghiburkan peminat dalam acara santai. Nana yang turut menjadi penyampai trofi ABPBH 29 bersama Anis Al Idrus dan Ainan Tasneem, dijangka tiba di SAS, kira-kira jam 11 pagi. Dalam segmen bersama peminat, Nana juga akan mempromosikan wajah terbaharu BH terutama sisipan B*POP yang kini diterbitkan setiap Sabtu. Sementara itu, pengunjung karnival berpeluang menerima cenderahati daripada BH. Cenderahati itu ditawarkan bagi pembelian akhbar digital BH. Pada karnival itu, BH turut menjual buku rujukan peperiksaan. Karnival itu dianjurkan SAS bagi menggalakkan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar. Setiausaha program itu, Eliza Khamis dilaporkan berkata, karnival tahunan itu diuruskan sendiri pelajar SAS dengan bimbingan guru. Beliau berkata, pelbagai kelab dan persatuan pelajar dilatih cara merancang perniagaan, menguruskan kewangan, pembelian barang dan pengiraan keuntungan hasil perniagaan mereka pada program itu. Eliza memberitahu, pihaknya menyasarkan 2,000 penduduk di sekitar Putrajaya akan hadir memeriahkan program berkenaan.


Powered by Blogger.