F ‘Nama baharu, saya tetap sama’, kata Faizal Ramliy | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

‘Nama baharu, saya tetap sama’, kata Faizal Ramliy

MENITI tahun 2016, ia menjadi titik mula kepada kebangkitan baharu buat Faizal Ramliy. Nama itu mungkin asing bagi yang sudah sinonim dengan program Akademi Fantasia.

Namun demi mengorak langkahnya dalam bidang seni, juara Akademi Fantasia musim keempat ini berharap 'kelahiran' nama baharunya akan memberi sinar buat dirinya dalam pentas nyanyian.

"Walau apa juga nama... saya tetap Faizal yang sama. Tidak berubah pun.

"Saya anggap ini permulaan baik untuk saya. Lagipun, masih ada yang ingat saya dengan tagline 'Senyum Sokmolah' walaupun sudah lebih 10 tahun berlalu," katanya pada majlis pelancaran single terbaharunya Tanpa Dirimu.

Lagu ciptaan komposer rakan baiknya Aidil Zamri dan lirik ciptaan Shamhiri ini dilihat mampu meletakkan Faizal kembali ke tempatnya, juara di hati peminat.

"Saya siap semuanya dalam masa dua minggu. Alhamdulillah, lagu ini benar-benar kena dengan jiwa saya. Harap ia diterima baik," katanya.

Biarpun menghilang hampir 10 tahun, namun Faizal nekad untuk terus merubah dirinya dan membuktikan dirinya masih relevan.

"Saya pernah melakukan kesilapan besar dalam hidup saya. Saya berharap 2016 memberi rezeki dan diberikan kepercayaan untuk berada di sini sekali lagi.

"Atas sokongan isteri dan keluarga, saya akan terus berjuang. Menyanyi adalah makanan saya. Saya tahu inilah kelebihan saya dan akan menggunakannya peluang dengan sebaik mungkin," katanya.

Biarpun masih baharu, Faizal sudahpun dilantik menjadi duta kepada produk kecantikan Beauty 18 menerusi syarikat Care Synergy Sdn Bhd.
Powered by Blogger.