F Najwa Latif Anggap Dakwaan Sudah Bernikah Lucu | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Najwa Latif Anggap Dakwaan Sudah Bernikah Lucu

Baru-baru ini kecoh mengenai Najwa Latif, didakwa telah selamat menikah secara rahsia ekoran tersebar sekeping gambar seorang wanita mirip wajah penyanyi itu yang mengenakan busana pengantin sedondon bersama pasangannya.

Najwa yang mengakui terkejut dengan isu tersebut sekaligus menyifatkan perkara tersebut sebagai sesuatu yang lucu. Dia bagaimanapun menafikan bahawa apa yang dihebahkan mengenai dirinya itu adalah tidak benar.

Tampil menjelaskan perkara sebenar, pelantun lagu hits Satu Hari Nanti ini berkata dia sebenarnya sudah melihat gambar itu sejak tahun lalu.

“Terkejut juga kerana (wanita itu) ada iras sedikit dengan saya. Tetapi saya belum kahwinlah. Sebenarnya saya sudah lihat gambar itu sejak tahun lalu. Tetapi apabila diamati semula, kami tidaklah begitu seiras”

“Mungkin gaya senyumannya yang membuatkan wajah kami seakan-akan serupa,” katanya.

Sementara itu pemilik sebenar gambar berkenaan yang dikenali sebagai Noreen tampil memberi penjelasan di laman sosial Twitter, dengan menyatakan bahawa wanita dalam gambar itu adalah dirinya, bukan Najwa.
Powered by Blogger.