F NADZMI ADHWA RUJUK ELLEN JADI PENGACARA | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

NADZMI ADHWA RUJUK ELLEN JADI PENGACARA

Berasal dari Kuala Lumpur, Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 24, atau lebih dikenali sebagai Nadzmi Adhwa kini mula menjinakkan dirinya dengan dunia pengacaraan selepas dilamar oleh sebuah stesen TV.

“Tawaran ini secara spontan dari pihak Primeworks untuk saya jadi hos dalam program travelog bertajuk ’Jalan-Jalan Makan Angin’ untuk 13 episod dan hos bersama Anas Ridzuan. Manakala ‘Bila Bujang Masuk Dapur’ pula, hanya empat episod dan hos bersama Azrel Ismail.

“Ini merupakan kali pertama saya menjadi hos dan  perasaan pastinya teruja dan saya ingin mencuba bidang baru ini sebagai satu pengalaman yang baru.


“Saya tak ada belajar dengan sesiapapun, hanya menerusi saluran YouTube dengan menonton Ellen Show. Sebab cara dia mengendalikan program itu sangat santai dan menarik,” ujarnya teruja.

Dalam perkembangan lain Nadzmi baru sahaja habis dengan penggambaran drama bersiri 20 episod bertajuk Cinta Roller Coaster yang akan dipancarkan menerusi saluran Slot Dahlia TV3. Selain itu pelakon ini masih lagi dalam penggambaran drama untuk RTM bertajuk ‘Mat Jenin’.
Powered by Blogger.